Jom Bincang Disini

Isnin, 23 November 2009

SIGNAL HARI INI - GBPUSD 23-11-2009


Hasil dari signal di atas, setakat 09:30 p.m sudah 140pip

" Saya telah lebih banyak belajar daripada kesilapan-kesilapan saya dari kejayaan-kejayaan saya" - Sir Humphry Davy

0 ulasan:

PERNAH ANDA MENDENGAR PERIHAL FOREX


Pernahkah anda mendengar mengenai hari “Black Wednesday”? Ia berlaku pada 16 September 1992, di mana Bank of England (Bank Negara England) kerugian sebanyak GBP3.4 billion. Orang yang mengaut keuntungan besar di sebalik insiden ini digelar sebagai,


“The Man Who Broke the Bank of England”

Lelaki ini tidak lain dan tidak bukan adalah George Soros, pelabur Forex terkenal seluruh dunia. Soros melihat kelemahan British Pound dan kedegilan Bank of England menaikkan Interest Rates dan beliau mengambil position “short” sebanyak USD10 billion! Dan hasil ‘trade’ tersebut sahaja, beliau membawa pulang keuntungan Melebihi USD1 Billion HANYA 1 HARI!

Walaupun anda tidak mempunyai berbillion dollar, namun anda juga masih boleh menghasilkan duit dalam arena yang sama seperti Soros dan masih berpeluang menghasilkan duit yang lumayan (walaupun bukan billion) dan yang paling penting dalam masa yang singkat.

Apakah arena yang disebutkan ini? Ia dipanggil pasaran Forex. FOREX adalah singkatan dari The Foreign Exchange Market. Dan ia adalah di mana semua matawang di dunia ini didagangkan.

Mungkin anda pernah dengar tentang Forex, namun mungkin anda tidak tahu bahawa anda berpeluang untuk melakukan transaksi Forex atau ‘trade Forex’. Ini kerana pada awalnya, hanya ‘Big Boys’ atau bank yang bermodal besar sahaja yang dibenarkan untuk ‘trade’ Forex. Mereka –orang-orang terkaya di dunia dan bank-bank besar- dengan senyap dan cepat mengambil duit hasil titik peluh orang ramai yang dilabur di dalam Mutual Fund, Bond, dan mereka laburkan kembali ke pasaran Forex. Mengapa mereka berbuat sedemikian? Sudah jelas kerana… Forex dapat menjana untung terbesar berbanding pasaran lain!
Namun sejak tahun 96-97, dan mula popular sejak tahun 2002-2003, orang ramai dibenarkan untuk trade di dalam pasaran Forex menggunakan Firma Online Forex Brokerage.

Juga difahamkan bahawa ada sesetengah bank yang memperuntukkan 20-30% dari keseluruhan modal mereka ke dalam pasaran Forex dan menjana untung sebanyak 40-60% dari keseluruhan untung tahunan dengan berniaga dalam pasaran Forex.

- Pasaran Terbesar & Paling Menguntungkan Di Dunia
- Jumlah diniagakan mencapai USD3.2 Trilion Sehari!
- Modal permulaan serendah USD50
- Potensi keuntungan tiada had
- "Trade" di mana-mana anda berada
- Hanya memerlukan sebuah komputer dan internet untuk bermula!